Gemilang4u News & Event  Back to news list

Penyerahan Derma Tabung Banjir 2014

Dungun, TERENGGANU - Baru-baru ini Encik Azam, Encik Sajaruddin dan Haji Jumani datang ke Pejabat Urusan Gemilang International Holdings (M) Sdn. Bhd. untuk menyerahkan jumlah sumbangan derma orang ramai bagi Tabung Mangsa-Mangsa Banjir 2014. Penyerahan itu disaksikan oleh Datuk Mohd Zuri selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit.



Menurut Datuk Mohd Zuri Ismail, "Sebagai syarikat yang menitik beratkan kebajikan masyarakat, diharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di sana. Doakanlah agar mereka kuat menempuh ujian Allah ini." 

Sumbangan orang ramai itu, akan di agihkan kepada mangsa-mangsa banjir terutama yang melanda di Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan.




 

 SIJIL HALAL NEXUS 7P






  CAPTCHA security code